Sejarah

Sejarah sekolah SMK Bongawan II

          SMK Bongawan II terletak di kawasan P.176 Kimanis, Daerah Papar di negeri Sabah.

          SMK Bongawan II telah mula beroperasi pada bulan Mac tahun 2005. Pada awalnya, sekolah ini menumpang bangunan di SMK Bongawan sementara menunggu bangunan baru yang terletak 8 kilometer dari sekolah itu siap sepenuhny SMK Bongawan menjalankan sesi persekolahannya pada waktu pagi manakala SMK Bongawan II  menjalankan sesi persekolahannya pada waktu petang. Pelajar-pelajar SMK Bongawan (sekolah asal) dibahagikan kepada  dua dimana pelajar-pelajar yang ke SMK Bongawan II adalah pelajar yang terdiri daripada perkampungan Malawaring, Mandahan, dan Kimanis. Oleh kerana jumlah pelajar dari perkampungan ini kurang maka perpindahan ke sekolah baru tidak dapat dijalankan mengikut spesifikasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Jadi, pelajar dari perkampungan yang hampir dan boleh menampung jumlah agar sekolah yang baru tidak kehilangan hak untuk dibuka, maka pihak pentadbiran mencadangkan agar pelajar yang paling hampir walaupun dalam kawasan Bongawan boleh juga dicadangkan seperti pelajar dari Kampung Seladan, Pikat, Biau dan  juga Kampung Nyaris-Nyaris Bongawan yang lebih ke arah kawasan Kimanis juga akan dipindahkan ke bangunan baru.

        Pada mulanya semua pelajar akur dengan perpindahan ini kerana belum terpisah sepenuhnya dengan sekolah yang asal (masih menumpang bangunan) dan sehinggalah pada 20 Jun 2005 sekolah SMK Bongawan II telah mempunyai bangunannya sendiri dan berpindah ke bangunan SMK Bongawan II sepenuhnya. Masa itulah ibubapa pelajar dari kawasan perkampungan  Seladan, Pikat, Biau dan juga Kampung Nyaris-Nyaris Bongawan yang lebih ke arah kawasan Kimanis ingin memindahkan anak mereka ke SMK Bongawan semula. Oleh kerana itu SMK Bongawan yang sepatutnya satu sesi terpaksa dibuat jadi dua sesi pagi dan petang. Jumlah pelajar SMK Bongawan yang berpindah pada masa itu ialah 350 orang yang sepatutnya 440 orang. Ramai ibu bapa yang merayu semula agar anak mereka kekal di SMK Bongawan kerana masalah tambang pengangkutan dan sebagainya.

      Matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengadakan satu sesi untuk SMK Bongawan telah terbengkalai kerana sikap ibu bapa yang tidak mahu memindahkan anak-anak mereka ke sekolah yang memerlukan tambang dan sebagainya. SMK Bongawan II adalah sekolah yang besar yang boleh menampung 40 buah kelas. Tetapi pelajar yang berpindah pada 20 Jun 2005 hanya  tingkatan 1,2,3 dan 4 dan tingkatan 5 masih di SMK Bongawan kerana permasalahan Pusat Peperiksaan pada masa itu. Pelajar SMK Bongawan II mulai menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2006. Peningkatan kemasukan pelajar ke SMK Bongawan II amat ketara iaitu dari 350 ke 495 dan hingga sekarang ke 535 orang dan disebabkan perpindahan ibu bapa ada yang sampai mencecah jumlah 550 orang pelajar.